Wednesday, 25 January 2017

First semester of degree life on MONEY.

Assalam. Aku pun tak reti nak mula dari mana. Elok kita mula dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim rasanya.

Degree life yang aku bayangkan tidaklah 100% tepat dengan realitinya. Yelah, yang aku bayangkan tu mostly based on post-post Instagram senior. Diorang punya post, mestilah yang baik-baik saja! Takkanlah hal tak seronok nak cerita kat orang juga kan. Tapi yang sebenarnya paling aku fikirkan, pasal betapa strugglenya seorang student bila bab duit. Kalau nengokkan dekat twitter tu, student ni makan maggi saja, nasi bujang saja, duit tu singgit dua je ada. Bukan main sengkek benau! Itu memang aku paling risau la sebabnya aku ni sentiasa besarkan makan je. Hal lain aku tak peduli sangat. Dan aku pun bukannya dari keluarga kaya. Nak meminta sangat pun tak boleh juga.

Jadi aku mula degree life dengan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Minggu ni takde pun keluar duit lagi. Makan free. Yelah bayar yuran pendaftaran pun dah RM1200. Siaplah sekali dapat beg uni, baju uni, baju kolej hatta lanyard kolej pun dapat. So duit simpan lagilah sepanjang MMM ni. Masa tu PTPTN memang tak dapat lagi. Proses pun belum mula lagi. Mula-mula masuk tu dalam tangan aku ada RM500. Kepala otak pun tak kalur fikir apa pasalnya duit pendahuluan PTPTN RM1500 aku tak usik lagi. Tak cashkan pun lagi.

Lepas MMM, ha mula dah. Makan biasa je. Breakfast memang jarang. Seminggu sekali pun susah. Sebab bila ada kelas pagi, tak sempat. Bila takde kelas pagi, malas. So terus lunch. Menu lauk tengahari aku mesti ayam goreng dengan kuah kari. Kalau mood baik, adalah sayur sikit. Dua tiga minggu lah makan tengahari menu sama. Lepas tu tukar ayam masak lemak. Yang ni sampai hujung sem melekat. Kadang-kadang nasi ayam, nasi ayam penyet. Harga lebih kurang je. Malam pulak, biasanya nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi goreng seafood. Tak lari lah dari menu biasa. Air macam biasa juga, kadang-kadang air manis. Kadang air jarang je. Dan selalu je aku beli ayam uncle bob, tosei, roti boom. Bagi aku masa tu, sangatlah tak membebankan harga makanan kolej aku walhal ramai gila bisingkan harga makanan kolej aku ni. Mahal memang mahal, tapi kita masih mampu. Tak pernah pulak aku menyesal sebab bagi aku kalau pasal makanan ni, eloklah jangan berkira. Selagi ada rezeki kita, inshaAllah mana yang termampu.

Dekat uni, aku memang besarkan makan je. Bila PTPTN dah masuk, benda pertama aku buat, selesaikan yuran. Ini sangatlah penting sebab bila tangguh, confirm duit tu kau guna buat benda lain. Dengan ayat sedapkan hati, duit boleh cari. Hah banyaklah kau punya boleh cari. Apa-apa hal, settlekan yuran dulu. Barulah engkau nak beli baju ke beli buku ke beli pakwe ke. Eh. Yuran mahal nokz. Duit PTPTN adalah dapat pinjam dalam RM3000 per semester. Bayar yuran satu semester RM1460. Tidak ke separuh habis??! Apa nak buat. Redha jelah, untuk benda baik lagipun. Uni ni pula, macam macam program. Dalam macam macam program tu, semua nak buat baju yang kita kena bayar. Baju kelas pun! Lepas tu, nak pakai duit untuk buku buku, bahan rujukan. Banyak weh. Bukan sikit sikit.

Dan dengan baki yang ada, aku masih dengan gaya hidup macam awal semester. Sebulan lebih je lagi nak habis Sem 1. Aku tak pernah cut cost dalam makanan. Masa free tu kadang sempatlah lari ke Mid Valley, IOI, berjoli sekejap. Kadang tu acah self treat, pergi main bowling, tengok wayang. Makan sedap memang selalu. McD seminggu sekali mesti, Sushi King and Secret Recipe ada lah 4 5 kali. Aku betul betul dah takde duit, masa study week. Aku balik rumah tu, memang dah kering. Masa ni dah mula dah cari makanan free je. Jadi sepanjang exam, memang fully duit parents support. Alhamdulillah parents masih mampu. Biasanya aku dapat lebih kurang RM150 untuk dua minggu. Sangatlah cukup. Siap rancak berjalan lagi masa exam week. Cukup je duit inshaAllah. Dan akhirnya, habis dah Sem 1. Aku akhiri sem kali ni dengan cuma dua kali makan maggi itu pun sebab teringin maggi goreng sedap dan sekali makan nasi bujang sebab kawan-kawan semua order nasi bujang masa tu. Aku agak bangga dengan diri sendiri. The struggle is not so real. Aku hampir survive dengan hanya duit PTPTN. Kalahlah sikit hujung semester 😂

Sedikit tips yang aku boleh titipkan supaya pintu rezeki kita selalu terbuka dan jarang kesempitan wang;

1) Jangan berkira dengan diri sendiri
2) Jangan berkira dengan orang sekeliling, sesekali tu belanja kawan-kawan (sesekali je, jangan selalu)
3) Jangan tolak rezeki (bila ada makanan/barang free, ambil)
4) Ikhlaskan setiap duit yang dikeluarkan (bagitahu diri sendiri, untuk kebaikan sendiri jugak)
5) Jangan kedekut!
6) Sentiasa ada simpanan untuk emergency. (Aku sentiasa ada RM50 selitkan dekat mana-mana untuk any emergency. Kalau dah guna, ganti balik. Kena ada)
7) Wallet jangan kosong. Paling tidak ada seringgit dua. Jangan sesekali kosong terus.

Kehidupan di universiti tidaklah sesukar yang dijangka. Yang penting, kita tahu manage diri sendiri. Pasal orang lain tak payah fikirlah.

Share:

0 comments:

Post a Comment