Wednesday, 25 January 2017

Pra-U bukan pilihan terakhir!

Assalam. Haritu aku ada terbaca pasal confession betapa dia bersyukur dia dapat stay Tingkatan 6. Nak sedap sikit, Pra-U. Tapi sekolah aku memang biasa guna Pra-U. Baca confession dia, aku ter-recall kisah aku sendiri. Lebih kurang je.

Masa Form 5, aku memang dah set mind aku yang Pra-U adalah pilihan terakhir aku. Matriks pun aku taknak. Apa yang penting, aku nak masuk universiti. Itu je. Jadi, diploma la kan? Aku dah cukup envious dengan senior-senior yang memanjang post di FB dan Instagram diorang punya unilife. Aku dah berkobar habis. Aku nak masuk U. Tak kira.

Tapi apa nak dikata, result aku so-so je. Ah bukan so-so, memang aku kecewa gila dengan result SPM aku. Aku dah rasa macam takde masa depan dah. Jadi sementara tunggu result UPU yang aku tak berapa yakin, aku daftar Pra-U dulu. Ambil langkah selamat dan atas dorongan ramai pihak kecuali ibu aku. Sedang ibu aku beria tak kasi aku masuk Pra-U, cikgu-cikgu and senior ramai suggest aku daftar Pra-U. Jadi aku pun daftar. Hari pendaftaran, aku sebenarnya bukan excited sangat. Tapi bila aku masuk Bilik Seminar, aku nampak muka cikgu-cikgu Pra-U yang ada segelintir yang aku dah kenal, aku speechless. Muka diorang macam welcoming us at the first place. Dan minggu orientasi buat aku excited sebab Pra-U sekarang bukan macam dulu. Aku dah mula berbelah bahagi. Mula rasa kalau dapat UPU ni nak pergi ke nak stay. Dan lagipun, aku daftar Pra-U dengan kawan-kawan baik aku yang dah macam adik beradik. Itu yang buat tambah best. Huhu.

Betul-betul lepas minggu orientasi, keluar result UPU. Aku tak dapat... Begitu juga kawan-kawan aku. Dalam pada aku dah rasa sukakan Pra-U, aku masih buat rayuan permohonan UPU. Dan aku dapat. Tapi, course Kejuruteraan Awam. Gila! Memang taklah. Aku tak bagitahu pun parents aku yang aku dapat UPU. Aku bagitahu lepas tarikh pengesahan terima tawaran dah lepas. Maknanya aku memang dah buat keputusan untuk stay, Pra-U.

Sebenarnya semuanya jadi macam tu je. Aku macam tak perasan pun. Aku dah pilih subjek, dah diagih kelas, dah tercalon MPP Pra-U, dilantik sebagai S/U MPP, tercalon untuk Biro Kepimpinan Sekolah, dilantik sebagai Penolong Ketua Exco Rondaan dan Keselamatan Biro Kepimpinan Sekolah, dilantik sebagai Ketua Exco Sukan Asrama dan banyak lagi. Semua tu berlalu macam tu je. Tiba-tiba je dah kena jawab exam Penggal 1. Dan lepas tu cuti sekolah. Masa cuti ni agak mencabar. Aku mula fikir, jauh mana aku boleh pergi. Pra-U ni kononnya selangkah ke universiti. Tengokkan senior-senior Pra-U sebelum ni, tak ramai yg survive dapat sambung degree. Yang mana dapat sambung tu memang semua orang wowkan. Kagum. Tapi apa je yang aku boleh buat. Kita teruskan jelah. Yang aku kena hadap, mentaliti manusia kelas keberapa entah yang masih anggap barangsiapa berada di Tingkatan 6, maka dia golongan gagalis tak mampu masuk universiti jenis bebal tak reti belajar. Nasib baik aku cool af.

2015- start Penggal 2. New year new me katanya. Padahal masih dengan semangat yang sama (baca: takde semangat). Result Penggal 1 keluar. Maka repeat mana yang patut repeat. Result Penggal 2, tak repeat. Sebab apa? Tak perlu. Jangan tamak orang kata. Allah dah bagi serba elok, takkan kita nak minta lebih. Mungkin itu yang terbaik. Kot repeat lagi teruk (ramai member aku macam ni, sebab tamak bwelk padan muka). Buat kerja kursus, buat program Pra-U, program sekolah, program asrama. Tiba-tiba dah Penggal 3. Dari Penggal 1 sampai Penggal 3, cara belajar masih sama. Dalam kelas je. Luar kelas, haremmm. Time prep malam dekat asrama, buat homework je. Nak revise, study balik tu memang tak lah. Memang tak dapat dinafikan, aku memang cepat pickup bila belajar. Dan tiba-tiba dah nak habis dah Pra-U. Dah acah-acah graduate dah pun. Dah acah-acah best student dah pun jubah kaler lain pasal Anugerah Khas Kokurikulum. Dah kena jawab exam Penggal 3 dah pun. Pastu habis. Macam tu je. Setahun setengah. Tiga penggal.

Lepas tu apa? Cuti. Berapa lama? 9 bulan plus minus. Buang masa dekat rumah je. Rehat serehat rehatnya konon. Duduk rumah main insta main twitter buat online business. Bulan 3 pergi ambil result. Alhamdulillah dapatlah bunga sekuntum dengan wang saguhati sikit sekolah bagi. Sepanjang cuti apa buat? Fikir masa depan. Fikir dapat ke tidak survive. Fikir dapat ke tidak sambung degree. Kalau tak dapat, apa nak buat dengan kehidupan. Kalau dapat, di mana. Kadang tu terus berangan unilife. Kehkeh. Awal bulan 8, result UPU keluar. Alhamdulillah ada tempat untuk aku. Ditempatkan di UKM Bangi. Tiba-tiba rasa sangat kecil. Aku ni biasa-biasa je, UKM tu gah. Tempat orang pandai-pandai. Boleh ke aku?

Tapi semua tu terus hilang bila aku masuk UKM. Aku boleh kata yang aku memang dilahirkan untuk belajar di UKM. Gittew. Cepat je aku adapt. Sampai aku dah lali dengar orang kata aku ni second year. Pengambilan UKM batch aku ni boleh kata 50% daripada lepasan STPM. Lagi 50% tu campur Diploma, Matriks, STAM, A-Level, Asasi. Sungguh ni. Memang lepasan STPM conquer habis. Student Pra-U sekolah aku pun memang ramai yang survive, dapat sambung degree. Dekat UKM je, 8 orang. Dan satu lagi apa yang aku dapat tengok, lepasan STPM ni sangatlah flexible dan pemikiran yang sangat liberal aku dapat rasa (belajar Pengajian Am kan). Jauh nak dibandingkan dengan yang lain. Students dari Diploma ni diorang tak dinafikan nampak berpengalaman pasal dah biasa di universiti kot, tapi diorang punya pemikiran diorang tak liberal. Tak semua. Students Matriks dan Asasi pulak, alahai sangat budak-budak pandai yang belum tengok dunia dari sudut luas. Yang diorang tahu, belajar dan jaga feed Instagram. Yang ni bukan semua. Eh tapi mostly. Masa ni lah aku rasa, semua orang dah boleh start buka mata pasal Pra-U. Pra-U lahirkan mahasiswa mahasiswi yang kriterianya bertepatan dengan apa yang universiti mahu. Apa yang aku belajar di Pra-U semuanya berguna untuk lalui degree life. Sungguh.

Bukalah mata rakyat Malaysia. Pra-U bukanlah pilihan terakhir. Pra-U sesungguhnya bukan setakat bagi ilmu, malah bentuk saya jadi manusia. Saya sedikit pun tak rasa menyesal pilih untuk stay di Pra-U, malah rasa sangat bernasib baik. Kalau tak, entah dekat mana saya sekarang. Akhir kata, belajar mana-mana pun sama, yang penting ada matlamat, ada tujuan, insyaAllah ada jalan. Sekian.

Share:

0 comments:

Post a Comment